Bagi masalah pencetak yang memaparkan "printer offline, printing error, processing USB", berikut adalah langkah demi langkah untuk troubleshoot:
1. Memeriksa sambungan kabel komputer / notebook pada pencetak dan memasang semula kabel untuk memastikan sambungan ketat dan sempurna.
2. Membatalkan semua tugas cetakan (cancel printing).
3. Memeriksa kertas pada input tray pencetak. Pastikan kertas untuk mencetak dimuatkan dan disusun dengan betul kerana kemungkinan pencetak menghadapi masalah untuk mengambil kertas dalam input tray tersebut.
4. Mula semula (restart) computer / notebook dan on / off pencetak.