Audio Komputer Tidak Berfungsi atau Tiada Bunyi

 

Bagi masalah audio tidak berfungsi atau tiada bunyi, berikut adalah langkah demi langkah
untuk troubleshoot:

a.  Periksa volume level. Klik ikon audio pada taskbar (ikon berada di bahagian bawah-kanan taskbar). Pastikan audio tidak disenyapkan (muted) dan selaraskan audio mengikut tahap pendengaran yang diingini.

b.   Periksa audio player controls yang digunakan sama ada pada VLC Media Player, Windows Media Player atau sebagainya. Pastikan audio tidak disenyapkan (muted) dan selaraskan audio mengikut tahap pendengaran yang diingini.

c.   Periksa kabel audio. Pastikan pembesar suara (speakers) dipasang dengan sempurna, dihidupkan (turned on), disambungkan ke port atau USB audio yang betul. Sekiranya komputer/ notebook menggunakan color-coded ports, port untuk output audio berwarna hijau.

d.   Uji audio menggunakan headphones untuk memastikan komputer / notebook mengeluarkan bunyi melalui headphones tersebut.










Post a Comment (0)
Previous Post Next Post