Cara Log In VLE FROG


ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal yang diberi oleh Pentadbir Frog VLE sekolah akan membolehkan anda mengakses Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE). Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk. Untuk mendapatkan alamat URL sekolah anda, sila klik di sini.

Lihat video ini untuk Log Masuk Pengguna Baru
Sila klik untuk melihat langkah demi langkah tentang Bagaimana Log Masuk
1. Buka Google Chrome dan sila taipkan alamat VLE sekolah anda ke dalam bar URL.
2. Taipkan ID Yes 1BestariNet dan kata laluan yang telah diberi oleh Pentadbir Frog kepada anda dan kemudian, klik ‘Login’.
3. Jika ini adalah kali pertama anda log masuk, terma dan syarat akan dipaparkan. Anda perlu menggunakan bar skrol di sebelah kanan anda untuk membacanya secara penuh. Anda mesti mengklik kotak semak dan kemudian mengklik butang ‘Accept’ untuk meneruskannya.
4. Kini anda sudah pun bersedia untuk memulakan perjalanan Frog anda!
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post