Kemahiran 6C Dalam Pembelajaran Abad ke-21(PAK-21)



Kemahiran abad ke-21 ialah satu kemahiran yang ditekankan kepada murid dan pelajar pada ketika ini.  Kemahiran kemahiran ini perlu ditekankan oleh guru dalam setiap PdPc yang berlaku di dalam kelas atau di luar kelas.

Kita lihat satu persatu secara umum 6C tersebut. 

1. Critical Thinking (Pemikiran Kritis) 
2. Creative Thinking (Pemikiran Kreatif)
3. Collaborative (Kolaborasi)
4. Communication (Komunikasi)
5. Character (Karektor)
6. Country (Kenegaraan)

Seterusnya kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan setiap kemahiran tersebut.

1. Critical Thinking (Pemikiran Kritis)
Pemikiran Kritis ialah kemahiran berfikir yang menekankan aspek menyelesaikan masalah yang berlaku di sekeliling kita.Dalam kemahiran ini yang ditekankan ialah proses menganalisa,menyoal sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan.

Dalam PdPc salah satu contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru ialah memberikan soalan atau tugasan aras tinggi yang menekankan aspek berfikir murid untuk menyelesaikan masalah.

Contoh contoh tugasan
1. Membanding beza
2. Mengkategori
3.Menghuraikan
4. Merumuskan dan Meramal


2. Creative Thinking (Pemikiran Kreatif)

Pemikiran Kreatif ialah kemahiran yang menekankan murid menghasilkan idea-idea baharu yang segar, berbeza,bernilai ,berkualiti tinggi dan memberi manfaat.

Contoh Contoh tugasan kepada murid
1. Menjana dan Menghasilkan idea
2. Membuat hipotesis (ramalan)
3. Mengsintesis (menyatu,menggabungkan)
4. Menghubungkaitkan

3. Collaborative (Kolaborasi)
Kolaborasi ialah proses yang melibatkan kerjasama antara beberapa individu yang membentuk kumpulan untuk menyelesaikan suatu tugasan atau menyelesaikan sesuatu masalah.

4. Communication (Komunikasi)
Kemahiran menyampaikan sesuatu maklumat dengan berkesan,interaksi sehala atau pelbagai hala yang membantu dalam menyiapkan tugasan atau  menyelesaikan sesuatu masalah.

5. Character (Karektor)
Satu corak tingkahlaku,fikiran dan emosi yang berlandaskan prinsip intergiti dan moral. Murid dipupuk untuk mengamalkan nilai nilai murni masyarakat Malaysia.

6. Country (Kenegaraan)
Merujuk kepada semangat patriotisme dan mempunyai identiti nasional berpandukan Prinsip Prinsip Rukun Negara.



Post a Comment (0)
Previous Post Next Post